Monday, November 28, 2011

Ukiran dan lakaran fikiran

Manusia adalah seindah ciptaan sang pencipta dan itulah yang membezakan manusia dengan hidupan muka bumi yang lain kerana manusia dilahirkan dengan perasaan cinta dan kasih-sayang.Ketika lahir, kita dikurniakan dengan sepasang mata untuk melihat ke hadapan, dan bukannya untuk menoleh kebelakang. Sebab itulah, mata diciptakan di hadapan wajah supaya kita terus mara ke hadapan, dan bukannya menoleh kepada kegagalan di masa lalu. Justeru itu, gunakanlah mata dengan sebaik-baiknya agar kita dapat melihat perkara terindah yang terjadi disekeliling kita. 

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga supaya kita dapat mendengar dan dikurniakan dengan hanya satu mulut kerana mendengar itu adalah lebih baik daripada bercakap kerana terlebih bercakap akan menyebabkan diri sendiri menyakitkan hati orang lain sekiranya percakapan kita menyinggung perasaan insan-insan yang ada disekeliling kita. Justeru itu, pakailah telinga mu dengan sebaik mungkin dari kedua-dua buah sisi kanan dan kiri supaya kita dapat mengumpul pujian dan menerima kritikan dan memilih hanya yang terbaik untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam hidup. Kita hanya dilahirkan dengan satu mulut kerana mulut adalah senjata yang paling tajam yang dapat menghancurkan hati,melukakan perasaan, merosakkan perhubungan persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya. Mulut juga dapat menggoda manusia, kerana kata-kata manis yang lahir dari mulut dapat meruntuhkan hati dan meracuni fikiran seseorang. Justeru itu, berwaspadalah wahai kawan-kawan dengan setiap tutur kata yang lahir dari bibirmu.

Manusia dilahirkan dengan penuh istimewa kerana dikurniakan dengan otak yang dapat membantu kita untuk membezakan perkara baik dan yang buruk di dalam hidup. Jadi gunakanlah otakmu dengan sebaik-baik mungkin agar kita dapat menjadi orang yang berguna dan berilmu. Jika otakmu digunakan untuk tujuan yang salah, maka ia akan membawamu ke arah yang salah, dan jika sebaliknya engkau menggunapakai otakmu untuk tujuan kebaikan, maka ia akan mendamaikan hatimu yang gundah gulana kerana otak adalah pusat kepada pemikiran manusia.Jika kamu meyalahgunakan akal fikiranmu, maka ia akan meracuni hati dan fikiranmu dan membentuk engkau menjadi insan yang jahat.Sebaliknya, jika kamu tahu membezakan perkara yang baik dan yang buruk, maka ia akan membimbingmu ke arah jalan yang lurus dan benar. Berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum kita berbicara kerana kata-kata itu tidak dapat ditarik balik sekiranya kita sudah terlepas bicara.

Manusia begitu sempurna kerana diciptakan dengan hati dan perasaan. Kita dikurniakan dengan hati untuk memberi kasih sayang, menerima kasih sayang dan mencintai insan lain yang yang ada disekeliling kita. Justeru itu, gunakanlah hatimu untuk mencintai insan yang mencintai kita dengan setulus hatimu. Belajarlah untuk membuka hatimu demi insan yang benar-benar mencintaimu kerana hati tidak akan pernah menipu perasaan manusia.hanya mulut yang dapat melukakan perasaan dan hati kita. Hati yang tulus dan ikhlas dapat membahagiakan hidup seseorang. Oleh itu, hargailah insan yang yang berhati mulia yang benar-benar tulus menyayangimu kerana disitu akan terpancar sinar kebahagiaan.

Akhir kata, berfikirlah dengan sebaiknya sebelum mengeluarkan kata-kata.Gunalah akal fikiranmu dengan sepenuhnya kerana ia akan membimbinhmu ke arah kebaikan dan jika sebaliknya, engkau menyalahgunakan akal fikiranmu, maka ia akan menjadi racun dalam hidupmu. Hatimu adalah benteng kekuatanku. Jika hatimu kuat, maka ia akan menjadi pelindung kepada dirimu dari sebarang godaan. Justeru itu, peliharalah hatimu dan bebaskan hatimu dari sebarang perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya. Tanamkanlah hatimu dengan kasih sayang. Sayangilah dan cintailah insan-insan yang menyayangimu.Sekian sahaja kawan-kawan:)

_Peace_ cicutSa:)


No comments:

Post a Comment