SETITIK KASIH, SENTUHAN RASA:)
Minggu ini sudah genap 21 minggu tempoh kehamilanku. Minggu depan dah masuk 22 minggu kehamilan. Sepanjang tempoh kehamilan, macam-macam yang aku lalui. Di awal kehamilan, aku tidak mengalami apa-apa masalah sehinggalah apabila usia kehamilanku masuk minggu ke7-12 minggu, disitulah dugaanku bermula. Pada mulanya, aku begitu teruja apabila mengtahui kitaran haid ku lambat. Pada penghujung Bulan Jun 2012, aku telah berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada aku benar-benar hamil ataupun tidak, tetapi berdasarkan pregnancy test yang telah dibuat, jawapan yg diberi oleh doktor tersebut telah membuat ku kecewa apabila hasil ujian pertama adalah negatif. Dengan langkah yang longlai, aku melangkah keluar daripada klinik. Kecewanya aku disaat itu. Dari hari ke hari, tiada tanda-tanda untuk ku "period" dan ternyata period ku pada bulan tersebut lambat. Setelah 2 minggu kemudian, aku memberanikan diri membuat ujuan kehamilan sendiri dengan menggunakan pregnancy test kit yang dijual di farmasi. Hasil ujian urin pertama yang aku buat di awal pagi, terdapat 2 garisan pada pregnancy test tersebut dan ternyatalah ia positif jika dibandingkan dengan ujian sebelum ini. Aku terkedu seolah-olah bermimpi. Mimpikah aku pada ketika itu Ya Tuhanku. Aku tetap was-was dengan keputusan ujian urin yang telah ku buat. Banyak kali juga aku membeli pregnancy test kit di farmasi, sampai ku simpan berminggu-minggu hasil ujian tersebut. Kesemuanya positif.

Pada usia kehamilanku yang mencecah 5 minggu, aku telah pulang ke Miri dan berjumpa dengan doktor di sebuah klinik. Hanya dengan pengesahan sah mengandung dari doktor yang akan meyakinkan aku bahawa ada baby di dalam rahimku ini. Setelah discan, doktor sekali lagi menghampakan aku. Tiada tanda-tanda embrio di rahimku. Rahimku kelihatan kosong. Betapa kecewa dan hancurnya hatiku ketika itu. Namun doktor tersebut menyuruhku untuk kembali ke klinik semula sebulan kemudian bagi melakukan pemeriksaan atau scan semula. Disaat hatiku kecewa, namun ku tahu ada baby yang sudah mula menapak di rahimku pada ketika itu. Apa yang mampu ku buat, hanyalah berdoa agar ia berkembang dengan sihat dan sempurna dari hari ke hari.
Rutin harianku bermula setelah kembali semula ke Kuching untuk bertugas. Aku terus sabar dan bersabar dari hari ke hari dan berharap agar baby di dalam rahimku dapat dikesan oleh doktor. Setelah genap sebulan, aku membawa diri berjumpa dengan doktor di Family Clinic Kota Samarahan pada penghujung bulan Julai 2012. Agak lama juga doktor tersebut menahanku untuk diperiksa.Sekali lagi hatiku kecewa apabila doktor tersebut juga gagal untuk mengesan kehadiran baby di dalam rahimku. Lebih dasyat lagi apabila dia mengatakan bahawa aku mungkin mengalami keadaan mengandung di luar rahimkerana hasil dari ujian scanning, bayiku gagal dijumpai di dalam rahimku. Tambah mengerikan apabila diktor tersebut mengatakan jika benar aku telah mengandung di luar rahim, aku tidak dapat untuk meneruskan kehamilanku.Hatiku remuk redam pada ketika itu. Ya Tuhanku, dugaan apa kah ini. 2 orang doktor yang aku temui telah memberikan aku jawapan yang benar-benar mengecewakan aku."There's no baby".
Beliau telah merujuk aku kepada seorang doktor pakar sakit puan di Timberland,Kuching.Aku melangkah longlai masuk ke dalam kereta untuk bergegas ke timberland. Sebaik sahaja aku masuk kedalam kereta, air mataku mencurah-curah keluar tanpa dipinta. Aku hanya berdoa agar bayiku memang benar-benar wujud di dalam rahimku pada ketika itu. Sambil drive ke Timberland dari Kota Samarahan, aku menangis tak henti-henti. Sambil itu, aku tak putus-putus berdoa agar bayiku memang wujud di dalam rahimku. Sampai sahaja di Timberland, aku begitu jakun sekali untuk mencari Dr . Ng, pakar sakit puan. Dari kaunter pertanyaan sehinggalah orang-orang yang ada disekeliling semua ku tanya arah Klinik Dr. Ng.
Setelah sampai di depan kaunter di Klinik Dr. Ng, aku terus sabar menunggu giliranku untuk diperiksa. sekali lagi aku disuruh untuk melakukan ujian air kencing, ternyata hasil urin ku masih positif. Aku disuruh baring dan doktor telah memeriksaku dengan lebih teliti. Berdasarkan ujian ultra sound, aku dapat mendengar degup jantung bayiku dan ternyata bayiku memang benar-benar wujud di dalam rahimku pada ketika itu. Usianya baru menjangkau 7 minggu.Barulah aku merasa lega setelah doktor tersebut dapat mengesan kedudukan bayiku pada ketika itu. Lenganku terus disuntik untuk mengambil ujian darah. Aku takut jarum Ya Tuhanku, tetapi demi bayiku, aku relakan juga jarum itu ditusuk ke lenganku. Selama 2 mingu lenganku lebam akibat ditusuk oleh jarum.
Dugaan demi dugaan terus datang. Aku mula hilang selera makan, muntah-muntah selepas makan. Makanan berminyak aku tak suka sama sekali. Semua makanan kegemaranku aku tak nak makan. Aku hanya mahu makan nasi putih dengan sup kosong sahaja pada ketika itu. Susu Anmum pun aku tak mahu minum,aku kaan muntahkan balik pada ketika itu. Kadang-kadang sampai tidur dengan perut kosong kerana habis semua makanan yang aku hadam aku muntahkan kembali. Sungguh seksa rasanya pada ketika itu. Hanya Tuhan yang tahu. Di awal pemeriksaan kandunganku di Poliklinik, aku telah ditegur oleh nurse kerana berat badanku turun. Setiap kali makan mesti muntah, mana tak berat badanku turun huhu. Kasihan bayiku.
Setelah usia kandunganku mencecah 12 minggu ke atas, barulah selera makanku kembali sehinggalah ke saat ini. Terima kasih Ya Tuhanku kerana telah melindungi aku dan bayi dalam rahimku ini. Sehingga ke hari ini, aku tidak mempunyai apa-apa masalah dari segi mencari menu makanan. Aku sudah cukup berselera pada ketika ini. Pergerakan ku juga aktif, Aku sudah kembali ceria kerana aku mahu bayiku juga ceria dan membesar dengan sihat di dalam rahimku. Aku seringkali berpesan kepada baayiku supaya kuat kerana aku dan bayiku berda jauh dari suami dan keluargaku pada saat ini. Cuma satu sahaja yang tidak pernah berubah, hobiku untuk fly pulang dari Kuching ke Miri pada hujung minggu, dari awal usia kandunganku sehingga kini (5 bulan lebih). Apa yang ku tahu, aku begitu sensitif di sepanjang tempoh kehamilanku ini. Kadang-kadang disaat tengah makan sorang-sorang, tanpa disedari air mataku jatuh di pipi. Syahdunya aku ketika ini. Disaat nak balik ke Kuching ketika di balai berlepas, air mata tanpa dipinta jatuh mencurah-curah. Yang aku tahu, aku dan bayiku mesti kuat semangat. Aku cuma berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi aku dan bayiku walau dimana pun berada. Amen.
Mummy and daddy love baby:)
No comments:
Post a Comment