Sunday, October 14, 2012

Apa yang kurasa

Hari ini 14.10.2012 (Ahad) di hujung minggu. Isok 15 hb 10 2012 (Isnin) bekerja selama 5 hari sebelum tibanya hujung minggu yang dinanti-nanti.Hobi baru di hujung minggu,ulang alik balik ke miri owh home sweet home,sik kisahlah balik semalam dua,janji hati puas, riang dan tenang. Minggu ini saja tak pulang, rasa kosongnya hidup sebab tak balik.Isok isnin, yahuu, cepatlah berlalu sampai ke hari jumaat yang indah. Sebab hujung minggu boleh balik wahahah. Tapi tak setiap hujung minggu dapat balik. Bukan dekat nak balik terbang dari kuching ke miri, miri ke kuching,huhu.

Di Kuching, setiap petang, mesti hujan. Dah mula musim hujan agaknya.Tak lama lagi hujung tahun, Can't wait for Disember to come. Cepatlah masa berlalu. Andai dapat ku kawal masa,akan ku anjakkan masa ke hadapan. Cepatlah masa berlalu.Setiap hari menghitung hari. Pagi, thari, petang, malam. Dari hari ke hari berharap agar masa cepat-cepat berlalu. Aku nak tranfer, tranfer kanlah aku cepat-cepat. Sakit jiwa dah aku menunggu keputusan tranfer. Oh Tuhanku, tolonglah aku, dengarlah doaku untuk tranfer.Setiap hari, kakiku lemah melangkah turun ke opis, mencari semangat yang kian hilang dan pudar. Mengharap ada sinar mentari di penghujung senja yang gerimis. 

Hari ini, aku telah membeli sebuah buku di Kedai Buku St. Joseph Cathedral. Tajuk buku tersebut amat menarik perhatianku. Novena: Mengatasi rasa takut dan putus asa. Sekali ku pandang, terus ku ambil. Tajuk buku kecil ini, sangat sesuai dengan jiwaku yang sedang kacau ketika ini.  Aku belek helai demi helai dan ayat-ayat dari buku kecil ini amat menenangkan jiwa, memberi semangat dan kekuatan kepada diriku ini. 

Sedikit rumusan dari apa yang telah ku baca walaupun aku belum lagi membaca habis buku kecilku ini.
Rasa takut, resah gelisah selalu hadir dalam hidup kita. Disaat kita kesunyian, keseorangan, rasa takut, kecewa dan putus asa akan mula menguasai diri. Disaat itu, jiwa akan memberontak, merana kerana rasa takut dan gusar yang telah mula menguasai dan meracuni minda. Ketika diri dilanda rasa takut dan kecewa serta putus asa, apa yang difikir hanyalah masalah yang menghimpit jiwa. Tetapi, jika selalu merasa takut pun tidak ada gunanya juga kerana Yesus sendiri berkata: Takut tidak ada gunanya, yang perlu adalah percaya. (Mark: 5:36) kerana Tuhan Yesus ada menyertai kita disaat kita senang, gembira susah. Tuhan itu Bapa yang baik. Dia sentiasa mendampingi kita walaupun kita tidak nampak akan Dia. 

Aku sendiri pernah mengalami saat kecewa dan putus asa. Segalanya bermula bila jiwa dilanda resah gelisah kerana ingin tranfer cepat-cepat. Akan tetapi Tuhan itu mempunyai rencana tersendiri untuk anak-anaknya. Oleh sebab itu, sentiasa percaya akan Tuhan kerana dia sentiasa ada disaat kita perlukan. Sentiasa percaya kerana Tuhan itu baik huhu.

Arghh,aku nak tranfer cepat-cepat. Cepatlah masa berlalu. Aku ingin pulang cepat huhu.



No comments:

Post a Comment