Chak!! Bila aku tak dapat melelapkan mata, aku mula duduk bersimpuh di hadapan laptop dan jari jemariku mula tangkas menaip apa yang sedang terlintas difikiranku tatkala otak masih lagi ligat berfikir. Sesungguhnya, aku adalah seorang pemikir yang akan terus berfirkir untuk terus melangkah ke hadapan.
Bila minda sedang ligat berfikir, sudah tentulah ia akan menghantar isyarat ke otak untuk terus mencari jawapan kepada persoalan yang datang menerjah minda. Aku suka berfikir, kalau aku termenung tandanya aku tengah berfikir, ataupun dalam masa yang sama tengah mengelamun. Paling kritikal pun seyum-senyum seorang diri hahhaha.Iti tidak bermaksud aku tidak waras, tetapi sekadar senyum untuk menyuntik semangat kepada diri sendiri.Kita mesti memulakan haru dengan senyuman.Sebelum tidur pun mesti senyum heheheh;p
Bila aku tak tahu apa nak buat, aku akan membelek buku-buku yang ada.Tapi seringkali buku yang membaca aku kerana aku akan mula mengantuk apabila membaca buku, kecuali buku tersebut benar-benar menarik. Itulah yang seringkali terjadi semasa aku masih belajar dahulu.Study last minit memang sudah menjadi kebiasaan aku.Tapi aku bukan jenis orang yang suka belajar sehingga larut malam, kerana otak ku tidak dapat memproses data-data yang dibaca atau pun dihafal sekiranya, minda telah memberi isyarat untuk berehat. Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang, ia mendesak kita untuk menjadi seorang pemikir yang bijak kerana orang yang bijak akan sentiasa mendengar dan menambah ilmu dan tahu juga untuk membezakan perkara yang baik dan juga yang buruk.
Ermmm...apa lagi aku nak coretkan di sini tatkala jari jemariku masih lagi pantas menaip apa yang terlintas di benak fikiran. Erm....Mari kita berfikir sejenak....Kosongkan fikiran, lapangkan dada..Mula berfikir apa yang telah kita lakukan pada hari ini..Tarik nafas, hembus...Jiwa yang tenang akan mempermudahkan kita untuk tidur.
Sebelum tidur, cuci muka, berus gigi dan basuh kaki, barulah kita akan dapat tidur dengan nyenyak;p Jangan lupa berdoa kawan-kawan..hehehe;p
No comments:
Post a Comment