Ujian Pap Smear
Wanita selalu dikaitkan dengan ujian Pap Smear. Ada dikalangan wanita yang masih belum mengetahui akan kepentingan untuk melakukan ujian pap smear. Mungkin ada juga wanita yang berasa nyilu dan ngeri bila mendengar akan ujian pap smear. Sepatutnya, ujian pap smear wajib dilakukan setelah melahirkan anak pertama. Tapi hingga ke hari ini aku masih belum lagi melakukan ujian pap smear. Hakikatnya, aku berasa fobia untuk buat ujian pap smear kerana mengenangkan akan alat speculum yang akan digunakan oleh doktor untuk mengambil sampel tisu dari permukaan rahim atau servik. Teringat akan pengalaman bersalin anak pertama, bila terkenang akan kesakitan kontraksi dan saat doktor memeriksa bukaan pada serviks atau pintu rahim aku dah terkedu. Apatah lagi nak buat ujian pap smear. Aku seringkali bertanguh-tangguh untuk membuat ujian pap smear. Sehinggalah pengalamanku yang terpaksa berhadapan dengan situasi yang tak pernah terlintas difikiranku setelah doktor mengesahkan kandungan keduaku tidak dapat diteruskan dan kaedah cuci rahim atau proses D&C (Dilation & Curettage) harus dibuat. Tapi kini aku nekad untuk melalukan ujian pap smear kerana ia dapat membantu untuk menyelamatka nyawa anda dari bahaya heheheh...

Apakah itu ujian pap smear, dan mengapa ia perlu untuk dilakukan?
Melalui pembacaan dan carian info berkenaan ujian pap smear yang telah ku lakukan, dapatlah dirumuskan yang ianya tidak menyakitkan, yang penting hanyalah kecekalan dan keberanian diri untuk menjalani ujian tersebut. Mungkin hanya akan berasa kurang selesa kerana perlu berada pada posisi baring atau berhadapan seperti ketika hendak bersalin. Sebelum ini, aku memang mengelak untuk buat pap smear. Perasaan takut, malu dan sebagainya selalu saja menghantuiku, akibatnya aku lalu tertangguh-tangguh untuk buat pap smear hehe.
Pengetahuan Tentang Pap Smear :
Pengetahuan Tentang Pap Smear :
- Pap Smear ialah ujian yang dilakukan untuk memeriksa kesihatan serviks atau rahim.
- Ia adalah ujian saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser sekiranya terdapat keadaan sel luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
- Sedikit sel dari serviks akan diambil dengan menggunakan spekulum dan di hantar ke makmal untuk diuji kaji.
- Tidak perlu ubat atau bius
- Tidak mengambil masa yang lama hanya beberapa minit sahaja
Secara umumnya, wanita yang berumur diantara 20 hingga 65 tahun disarankan untuk menjalani ujian pap smear atau mereka yang aktif dalam hubungan seksual.
Apa yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian Pap Smear?
- Ujian ini tidak boleh dijalankan ketika sedang haid kerana sel yang diambil pada waktu ini akan menyukarkan penilaian sampel yang telah diambil. Masa yang paling afdal ialah pada hari ke-7 atau sepuluh selepas bersih dari period.
- Sebelum menjalani ujian pap smear, jangan melakukan hubungan seksual. Ini kerana sekviks perlu dibersihkan dari bendasing untuk memudahkan uji kaji sampel dijalankan. Kehadiran bendasing boleh mengakibatkan hasil ujian yang tidak tepat.
Jadi ibu-ibu, silalah menjalani ujian pap smear. Jangan bertanguh-tangguh kerana kesihatan itu perlu dijaga.
-Xoxo-