Wednesday, March 6, 2013

Pengalaman Bersalinku

Alkisahku....Pengalaman Bersalinku

Aku tak tahu bila akan bersalin sebab due date ku ialah pada 13.03.2013. Setiap hari sebelum tidur aku akan melayari internet mencari maklumat berkaitan dengan pengalaman bersalin, tanda-tanda hendak bersalin dan tips-tips untuk meneran baby ketika hendak bersalin. Sempat juga aku memberanikan diri menonton video bersalin yang ada di you tube hehe. Setiap hari aku bercakap dengan baby bila dah nak dekat due.Aku bertanya dengan baby bila lah baby nak keluar,berat dah perut mama. Kadang-kadang ada juga aku merasakan baby mengeras dalam perut dan bergerak-gerak aktif pada waktu malam ketika aku hendak tidur. Tabiatku, sebelum tidur jika aku rajin, aku akan mencari muzik mozart for baby di dalam you tube untuk menidurkan babyku. Orang kata, muzik bagus untuk baby ketika masih dalam kandungan untuk melatih deria baby. Sebab itulah aku suka memperdengarkan muzik mozart kepada baby ku. Aku juga suka menyanyi kagu twinkle2 little star untuk babyku ketika masih dalam kandungan jika babyku bergerak2 aktif ketika aku hendak tidur. Dihujung kehamilan, ketika masuk saja trimester ketiga, kakiku seperti giant, tak nak surut-surut sentiasa kembang. badanku pun turut kembang setaman haha. Ada orang kata bengkak di kaki ketika hujung kehamilan adalah normal sebab badan ibu yang mengandung mengandungi banyak air disebabkan oleh perut yang semakin memboyot dan memberat. Kakiku akan mula terasa sakit dan mengembang setiap petang sehinggalah ke malam. Punyalah susah nak berjalan menaiki tangga dengan perut yang memboyot dan kaki yang membengkak. Kadang-kadang aku dapat merasakan yang aku berjalan seperti membawa gelembung yang berisi air yang diikat pada kaki heheh. Dihujung-hujung kehamilan aku memang aktif berjalan. Ada orang kata kalau banyak berjalan lebih cepat dan mudah ketika bersalin kelak. fakta ka auta? haha. 

Tambahan pula di ruangan ground floor banggunan pejabatku ada kedai-kedai dan disekitarnya adalah pusat bandar. Apa lagi, dengan senang hatinya lah aku membawa perut yang memboyot dan kaki ku yang bengkak berjalan-jalan. Kalau siang tak terasa sakit kaki. Bila malam dah nak tidur, nah ambik kau, sakit kaki bedenyut-denyut. Kat bawah banggunan pejabat pula yang best nya ada salun, kalau aku rasa rimas dengan rambut, aku akan turun ke bawah untuk mencuci rambut semasa waktu rehat heheh. Kalau lapar pula, aku akan turun ke ground floor banggunan untuk mencari makanan, mana tak kembang setaman badanku hehe. Yang aku risau hanyalah lif di banggunan pejabat yang sentiasa nak jem. Bayangkan kalau tengah waktu kerja, tiba-tiba sakit nak bersalin, kalau masa tu pula lif  rosak atau jem tak kah teruk jadinya hehe. Pernah satu ketika hendak pulang kerja, situasi dalam lif yang bergegar-gegar. Tapi aku selamba ja. Ada juga rasa ngeri takut lif terputus atau lif jem.banggunan tempatku kerja ni lifnya dah lama dan selalu jem apalagi kalau dah waktu peak hour dalam jam pukul 5 pm lagilah sampai 2-4 trip nak tunggu giliran baru dapat masuk lif, haha. Sebab itulah, kalau lif penuh, aku tak nak naik, takut lif jem pintu lif tak dapat buka, tak kah teruk jadinya hehe. 

Aku sendiri tak tahu nak membezakan kontraksi palsu dengan tanda-tanda sebenar nak bersalin. Kira-kira empat hari sebelum nak bersalin, pada sebelah malamnya aku dah rasa lain-lain, rasa sembelit sakit perut nak buang air besar. Tapi pinggang ku tak ada lah pula terasa sakit. Sebab ada orang kata kalau dah nak bersalin, pinggang akan terasa sakit. Pada masa tu, tak adalah pula aku merasakan pinggangku sakit. Aku selalu pujuk baby kalau baby dah ready nak keluar, bagitahu mama, Mama dah sedia nak ,melahirkan baby hehe. Aku target untuk bersalin pada 03.03.2013 sebab masa itu husbandku dah mula nak cuti dapat balik menemani saat-saat nak melahirkan. Seringkali juga aku pujuk baby supaya lahir semasa husbandku ada. Mungkin dah ditakdirkan,sebaik sahaja  husbandku datang pada 02.03.2013, dan dah mula ambil cuti, keesokkan harinya pada 03.03.2013 (Ahad) aku pun selamat bersalin.  

Aku tak sangka pun akan bersalin pada hari tersebut sebab serius tak ada tanda-tanda nak bersalin ker aku yang tak tahu merasakan kontraksi hahah. Dulu pada usia kandunganku 7 bulan, doktor memberitahu bahawa uriku serendah 3 cm. baby pula masih melintang dan kepalanya belum turun ke bawah. Risau juga aku sebab masa itu aku di dalam status placenta previa. kalau salah-salah haribulan, tak dapat beranak normal perlu ceaser, aku tak nak di bedah. Ada orang kata, sakit lagi kalau melahirkan secara pembedahan berbanding normal. Hari-hati aku pujuk baby untuk betulkan kedudukan dan menaikkan uri ke tahap yang normal. Nak pergi urut kat perut ketika kandungan "plasenta previa" bahaya sebab takut baby terlilit tali pusat, huhu, Last-last aku becakap dengan baby untuk betulkan kedudukan kepala ke bawah dan naikkan uri ke tahap yang normal supaya aku boleh bersalin normal. Syukur semuanya dah normal kembali, apabila lawatan ke klinik sewaktu kehamilan ku masuk 32 minggu, uriku sudah mula normal dan kedudukan kepala baby ku dah mula turun ke bawah seperti bayi-bayi yang lain. 


03.03.2013 (Ahad)

Pagi itu, aku bangun awal, pinggang ada rasa sakit-sakit tapi taklah kronik sangat. baby dalam kandunganku pula mengeras tak aktif bergerak seperti biasa. Risau lah juga sebab baby tak aktif bergerak, sebab doktor pernah menasihatku untuk cepat-cepat membawa diri ke klinik atau hospital sekiranya bbay tak bergerak aktif seperti selalu walaupun tiada tanda-tanda nak bersalin. Yalah siapa tak risau, dahlah tak ada pengalaman bersalin, takut ada apa-apa terjadi pada baby. Tapi naluriku berkata aku akan bersalin pada hari ini juga- 03.03.2013. pagi-pagi tu, aku dah awal-awal rebus telur dan minum nestum sempat juga minum air kelapa yang ada. Ada orang kata kalau makan telur rebus sebelum bersalin dapat memberi tenaga semasa nak meneran baby kelak. Macam tahu-tahu ja aku yang aku akan bersalin pada hari tersebut juga. Aku hanya makan sebiji telur rebus, nestum dan air kelapa untuk bekalan sarapanku. Perut masih lagi mengeras tapi serius aku tak ada merasakan apa-apa kontraksi pun atau aku sendiri yang tak tahu hehehe.Selepas mandi dan bersiap dengan selambanya aku turun ke bawah. Niat di hati sebelum pergi klinik untuk check up baby nak singgah sarapan dekat kedai berjampiran klinik. Turun ja dari rumah, terus direct ke klinik, ingatkan orang akan bawa singgah-singgah pergi sarapan dulu. Yalah, klinik kalau hari ahad buka setengah hari ja. Waktu aku sampai di klinik pun klinik dah nak tutup, aku sampai dalam jam nak dekat-dekat 12 tengah hari. Aku memang selalu pergi follow up kat klinik atau pusat bersalin Teo. Aku sempat juga buat kajian nak bersalin di hospital atau pusat bersalin luar. Last-last aku ambik keputusan nak bersalin di pusat bersalin luar sebab aku ngeri mendengar pengalaman bersalin di hospital. Sampai sahaja di Klinik Dr. Teo, nurse cek kandungan air kencing seperti biasa. Then, aku pun masuk kedalam bilik rawatan, doktor terus scan perutku sebab baby ku dah mula asyik nak mengeras saja. Selesai scan, doktor cakap, baby ku dah cukup bulan 39 minggu, dah boleh lahir bila-bila masa. Kalau ada terasa sakit seperti nak bersalin, doktor suruh cepat-cepat hantar diri untuk diperiksa. aku ingat dah boleh balik rumah ingat nak pergi makan, yalah lapar perutku dah tengah hari hehe.Rupa-rupanya, doktor suruh aku pergi naik ke tingkat 1 untu CTG, peiksa denyutan jantung baby. Aku pun dibawa ke bilik rawatan hehe. Sewaktu buat CTG, kejap warna hijau kejap warna merah timbul tenggelam, Ada kalanya denyutan jantung babyku tinggi sampai 160 seminit, terus tukar kaler jadi warna merah. Ada kalanya denyutan jantung babyku serendah 120 seminit warna hujau hehe. Agak lama juga aku dibiarkan terbaring dengan perut berikat sebab nurse nak ambik rekod untuk bacaan CTG bayiku. Setelah hampir 30 minit terbaring, nurse pun membawa aku kembali berjumpa dengan Dr. Teo untuk tindakan selanjutnya. Ssampai ja kat bilik doktor, terus doktor suruh baring nak buat pemeriksaan VE nak periksa tahap bukaan. Serius aku tak nak kena seluk sebab aku pernah baca kalau kena seluk atau buat VE, sakit oi. Memang pun sakittttt. Aku terkejut sebab doktor cakap bukaan dah 2 cm, terus kena masuk wad, kena admit dengan perut kosong. Hancur angan-anganku nak pergi makan heheh. Doktor cakap tak boleh makan sehinggalah bersalin kelak, huhu. 

Masuk ja kat dalam bilik no 8. nurse terus suruh aku pakai "uniform" warna pink, tukar baju lah tu hehe. Kemudia nurse suruh rehat, aku pun baring-baring dengan selamba sebab belum ada rasa kontraksi, tak ada rasa sakit langsung hehe. Then, kira-kira 20 minit nurse datang balik, beri ubat sejenis cecair untuk kita membuang air besar. Selesai saja nurse beri cecair ubat tersebut, perutku dah mula rasa memulas seperti nak buang air besar. Terus ku pergi toilet untuk membuang air besar hehe. 

Pukul 1.30 petang 03.03.2013

Aku masih terbaring di katilku seperti biasa. Kontraksi sudah mula datang tapi tak lah teruk sangat. Setiap kali kontraksi datang, pinggangku akan terasa sakit. Aku pun mengaduh setiap kali kontraksi ku menyerang. Makin lama makin kerap kontraksi ku datang. Bila kontraksi mula slow, aku masih lagi sempat berfikir pasal makanan heheh. Yala perut dah la lapar, doktor tak suruh makan sampai lah selamat bersalin kelak. Aku hanya dibekalkan dengan air yang di drift masauk kedalam tanhanku sahaja heheh. 

Pukul 2.30 petang

Aku masih lagi sempat menonton tv di dalam bilik. Dari tadi aku asyik berbaring nak angkat tak dapat pinggang sakit. Sempat ku menonton berita terkini berkaitan dengan kes pencerobohan di Lahad Datu Sabah heheh. Bila kontraksi datang, aku tak fokus tengok tv. Seirus sakit pinggang rasa nak putus huhu. Doktor ada  offer pain killer kepadaku tapi aku tak nak heheh. Akibatnya aku tanggunglah sakit tu sendiri. Bukaan dah masuk 3 cm hehe

Pukul 3.00 Petang

Orang kat sebelah bilikku tengah dibawa ke bilik operasi /bilik bedah sebab dia sendiri nak minta bedah dah tak tahan lagi rasanya menanggung sakit. Doktor dan nurse agak sibuk di dalam bilik bedah. Tinggallah aku menahan sakit di dalam bilik. Nasib baik ada mak, bapak ngan husbandku menenmaniku. kalaulah aku seorang, mahu tak tragis hehe. Bukaan masuk 4 cm huhu. Lambat lagi nak buka 10 cm. Seksa nya rasa menahan sakit. Nurse suruh kalau nak cepatkan bukaan boleh jalan-jalan. Ni nak angkat dari katil pun tak larat sakit kat pinggang. huhu

Pukul 4.30 petang

Kontraksiku sudah mula menyerang dengan hebatnya, seperti perwira negara yang tengah berhempas pulas berjuang menentang musuh di lahad datu Sabah hehe. Ketika kontraksi datang, aku berpaut pada bahu dan baju suamiku. Serius memang sakit. Pinggang rasa nak putus, perut jangankan lagi seperti nak berak sembelit dan segugut yang kronik dan kritikal hehe. Nurse ada juga datang menjenguk, memeriksa denyutan bayi dalam kandunganku dan juga memeriksa kadar HBP (high blood pressure ku). Bukaan ku dah masuk 6 cm huhu. Sakit kontraksi dah tak tertanggung. Menggelupar badan bila kontraksi datang. 

Pukul 5.00 petang

Nurse tawarkan pain killer kepadaku sebab aku memang dah tak tahan, sakittt yang amat sangat huhu. Nurse pun suntik painkiller. Tapi walaupun disuntik painkiller, kalah painkiller, sakit dan hebat lagi kontraksi yang menyerang tak habis-habis. Nurse pesan, kalau dah disuntik painkiller akan ada effect rasa nak tidur, mengantuk. Nah ambik kau, memang aku rasa mengantuk yang amat-amat sangat. tapi bila kontraksi datang, aku tak boleh tahan. Seringkali juga aku membunyikan loceng minta bantuan nurse heheh. Nasib baik aku tak bersalin di hospital kalau tak, memang dah teruk aku kena sound heheh. Aku dah rasa tak larat nak menanggung sakit, sampai dah give up tak nak bersalin normal nak ceasr atau dibedah saja sebab dah tak larat nak tahan sakit. Sampai begitu sekali hehehe.

Pukul 5.30 petang

Aku dah rasa seperti nak meneran, seperti nak buang air besar yang amat-amat sangat dan terasa seperti nak sembelit. Inilah rasa kontraksi bersalin yang paling kritikal saat-saat nak melahirkan bayiku. Pinggang dah terasa rasa nak putus. Cuba bayangkan rasa sembelit nak bunag air besar yang kronik. Aku beritahu kat nurse, nak buang air besar. Nirse suruh aku buang ja air besar kat atas katil, aduh, tapi rupanya bukan nak meneran buang air besar, tu dah nak teran baby tu. tapi aku masih juga belum dibawa ke bilik bersalin huhu. sakitt yang teramat-amat sanagt. Ada satu saat, aku terasa nak teeran rasa kepala bayi dah nak mula keluar, tapi aku tak berani nak teran sebarang selagi nurse dan doktor tak suruh push hehe. 

Pukul 5.40 petang

Aku merasakan sakit yang dah tak tertahan lagi, Doktor pun datang, terus suruh nurse transform aku ke katil lain sorong masuk bilik bersalin. Aku dah takl kisah lagi rasa nak meneran saat itu juga. Sempat kedua-dua kakiku krem disaat aku hendak ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku beritahu kat nurse kaki ku krem. Nurse suruh lawan rasa krem. Nurse urut-urut sikit kakiku. Aku dah mula mamai ketika nurse tolak aku masuk ke bilik bersalin

Pukul 5.40-6.10 petang

Sedar-sedar aku dah sampai di dalam bilik bersalin. Doktor dan nurse mula mengelilingiku. Kedua-dua kakiku mula diikat dan dikangkang pada pemegang yang ada. Huhu, tragis sungguh rasanya. Asalnya suamiku nak masuk menemaniku di bilik bersalin, tapi tak dibenarkan doktor sebab dia demam. berjuang lah aku seorang-seorang. Doktor suruh aku pegang paha untuk push. Walaupun aku dah banyak kali baca info cara-cara meneran yang betul, tapi aku fail, heheeh.Seris ketika nak meneran aku mengantuk effect pain killer, teran rasa nak meneran sembelit. Perut memulas-mulas rasa sembelit. Begitulah yang aku rasakan ketika itu. Bila kontraksi datang, aku cuba teran. doktor nurse semua suruh push dengan sekuat hati. Badanku lemah sebab mengantuk tambahan pula tak makan seharian hanya sempat brekfest awal pagi. Sempat aku tertidur sekejap ketika meneran. Kepala bayiku dah nak kuar dah mula nampak tapi aku yang tak reti-reti nak push. dahlah mengantuk effect painkiller. Sempat ku terdengar doktor cakap "don't sleep, help your baby,wake up" Dalam separuh sedar, aku mula meneran sekuat hati. Ingat tak nak keluarkan suara. Tapi terkeluar juga suara macam meneran nak sembelit hehe. Sewaktu nak push, tarik nafas push ke bawah, jangan lepas nafas. Mana tak rasa nak semput heheh. Aku sendiri tak sedar bayiku dah selamat dilahirkan sebab aku mengantuk ketika meneran huhu. sedar-sedar ja, aku terlihat bayiku digendong dan ada terdengar tangisan bayiku. Barulah aku sedar aku dah selamat melahirkan bayiku. rasa macam ais keluar meluncur laju ja ketika bayiku ditarik keluar dari rahimku. Rupanya aku dibantu dengan bantuan vakum hehe. Aku beranak secara normal tetapi secara forcep/bayiku divakum sebab aku tak mampu nak meneran heheh.

Bila bayiku dah keluar, doktor masih lagi godek-godek perutku untuk menarik keluar uri bayiku dan mengeluarkan darah-darah yang ada huhu.. tapi masa tu tak rasa sakit, bila dijahit kat kesan luka pada ketika itu pun tak sesakit rasa kontraksi. Bila ku lihat wajah bayiku, hatiku mula terasa sejuk, hilang segala rasa sakit hehehe. Saat doktor menjahit lukaku, aku melihat ke arah bayiku. Akhirnya pada 03.03.2013 (Ahad) jam 6.10 petang, aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kg, panjang 49 cm heheh..

Moral of the story : kalau tak nak mengantuk ketika meneran jangan ambik pain killer hehehe:)