Saturday, November 3, 2012

Setitik Kasih

SETITIK KASIH, SENTUHAN RASA:)

Minggu ini sudah genap 21 minggu tempoh kehamilanku. Minggu depan dah masuk 22 minggu kehamilan. Sepanjang tempoh kehamilan, macam-macam yang aku lalui. Di awal kehamilan, aku tidak mengalami apa-apa masalah sehinggalah apabila usia kehamilanku masuk minggu ke7-12 minggu, disitulah dugaanku bermula. Pada mulanya, aku  begitu teruja apabila mengtahui kitaran haid ku lambat. Pada penghujung Bulan Jun 2012, aku telah berjumpa dengan doktor untuk memastikan sama ada aku benar-benar hamil ataupun tidak, tetapi berdasarkan pregnancy test yang telah dibuat, jawapan yg diberi oleh doktor tersebut telah membuat ku kecewa apabila hasil ujian pertama adalah negatif. Dengan langkah yang longlai, aku melangkah keluar daripada klinik. Kecewanya aku disaat itu. Dari hari ke hari, tiada tanda-tanda untuk ku "period" dan ternyata period ku pada bulan tersebut lambat. Setelah 2 minggu kemudian, aku memberanikan diri membuat ujuan kehamilan sendiri dengan menggunakan pregnancy test kit yang dijual di farmasi. Hasil ujian urin pertama yang aku buat di awal pagi, terdapat 2 garisan pada pregnancy test tersebut dan ternyatalah ia positif jika dibandingkan dengan ujian sebelum ini. Aku terkedu seolah-olah bermimpi. Mimpikah aku pada ketika itu Ya Tuhanku. Aku tetap was-was dengan keputusan ujian urin yang telah ku buat. Banyak kali juga aku membeli pregnancy test kit di farmasi, sampai ku simpan berminggu-minggu hasil ujian tersebut. Kesemuanya positif. 

Pada usia kehamilanku yang mencecah 5 minggu, aku telah pulang ke Miri dan berjumpa dengan doktor di sebuah klinik. Hanya dengan pengesahan sah mengandung dari doktor yang akan meyakinkan aku bahawa ada baby di dalam rahimku ini. Setelah discan, doktor sekali lagi menghampakan aku. Tiada tanda-tanda embrio di rahimku. Rahimku kelihatan kosong. Betapa kecewa dan hancurnya hatiku ketika itu. Namun doktor tersebut menyuruhku untuk kembali ke klinik semula sebulan kemudian bagi melakukan pemeriksaan atau scan semula. Disaat hatiku kecewa, namun ku tahu ada baby yang sudah mula menapak di rahimku pada ketika itu. Apa yang mampu ku buat, hanyalah berdoa agar ia berkembang dengan sihat dan sempurna dari hari ke hari. 

Rutin harianku bermula setelah kembali semula ke Kuching untuk bertugas. Aku terus sabar dan bersabar dari hari ke hari dan berharap agar baby di dalam rahimku dapat dikesan oleh doktor. Setelah genap sebulan, aku membawa diri berjumpa dengan doktor di Family Clinic Kota Samarahan pada penghujung bulan Julai 2012. Agak lama juga doktor tersebut menahanku untuk diperiksa.Sekali lagi hatiku kecewa apabila doktor tersebut juga gagal untuk mengesan kehadiran baby di dalam rahimku. Lebih dasyat lagi apabila dia mengatakan bahawa aku mungkin mengalami keadaan mengandung di luar rahimkerana hasil dari ujian scanning, bayiku gagal dijumpai di dalam rahimku. Tambah mengerikan apabila diktor tersebut mengatakan jika benar aku telah mengandung di luar rahim, aku tidak dapat untuk meneruskan kehamilanku.Hatiku remuk redam pada ketika itu. Ya Tuhanku, dugaan apa kah ini. 2 orang doktor yang aku temui telah memberikan aku jawapan yang benar-benar mengecewakan aku."There's no baby". 

Beliau telah merujuk aku kepada seorang doktor pakar sakit puan di Timberland,Kuching.Aku melangkah longlai masuk ke dalam kereta untuk bergegas ke timberland. Sebaik sahaja aku masuk kedalam kereta, air mataku mencurah-curah keluar tanpa dipinta. Aku hanya berdoa agar bayiku memang benar-benar wujud di dalam rahimku pada ketika itu. Sambil drive ke Timberland dari Kota Samarahan, aku menangis tak henti-henti. Sambil itu, aku tak putus-putus berdoa agar bayiku memang wujud di dalam rahimku. Sampai sahaja di Timberland, aku begitu jakun sekali untuk mencari Dr . Ng, pakar sakit puan. Dari kaunter pertanyaan sehinggalah orang-orang yang ada disekeliling semua ku tanya arah Klinik Dr. Ng. 

Setelah sampai di depan kaunter di Klinik Dr. Ng, aku terus sabar menunggu giliranku untuk diperiksa. sekali lagi aku disuruh untuk melakukan ujian air kencing, ternyata hasil urin ku masih positif. Aku disuruh baring dan doktor telah memeriksaku dengan lebih teliti. Berdasarkan ujian ultra sound, aku dapat mendengar degup jantung bayiku dan ternyata bayiku memang benar-benar wujud di dalam rahimku pada ketika itu. Usianya baru menjangkau 7 minggu.Barulah aku merasa lega setelah doktor tersebut dapat mengesan kedudukan bayiku pada ketika itu. Lenganku terus disuntik untuk mengambil ujian darah. Aku takut jarum Ya Tuhanku, tetapi demi bayiku, aku relakan juga jarum itu ditusuk ke lenganku. Selama 2 mingu lenganku lebam akibat ditusuk oleh jarum. 

Dugaan demi dugaan terus datang. Aku mula hilang selera makan, muntah-muntah selepas makan. Makanan berminyak aku tak suka sama sekali. Semua makanan kegemaranku aku tak nak makan. Aku hanya mahu makan nasi putih dengan sup kosong sahaja pada ketika itu. Susu Anmum pun aku tak mahu minum,aku kaan muntahkan balik pada ketika itu. Kadang-kadang sampai tidur dengan perut kosong kerana habis semua makanan yang aku hadam aku muntahkan kembali. Sungguh seksa rasanya pada ketika itu. Hanya Tuhan yang tahu. Di awal pemeriksaan kandunganku di Poliklinik, aku telah ditegur oleh nurse kerana berat badanku turun. Setiap kali makan mesti muntah, mana tak berat badanku turun huhu. Kasihan bayiku. 

Setelah usia kandunganku mencecah 12 minggu ke atas, barulah selera makanku kembali sehinggalah ke saat ini. Terima kasih Ya Tuhanku kerana telah melindungi aku dan bayi dalam rahimku ini. Sehingga ke hari ini, aku tidak mempunyai apa-apa masalah dari segi mencari menu makanan. Aku sudah cukup berselera pada ketika ini. Pergerakan ku juga aktif, Aku sudah kembali ceria kerana aku mahu bayiku juga ceria dan membesar dengan sihat di dalam rahimku. Aku seringkali berpesan kepada baayiku supaya kuat kerana aku dan bayiku berda jauh dari suami dan keluargaku pada saat ini. Cuma satu sahaja yang tidak pernah berubah, hobiku untuk fly pulang dari Kuching ke Miri pada hujung minggu, dari awal usia kandunganku sehingga kini (5 bulan lebih). Apa yang ku tahu, aku begitu sensitif di sepanjang tempoh kehamilanku ini. Kadang-kadang disaat tengah makan sorang-sorang, tanpa disedari air mataku jatuh di pipi. Syahdunya aku ketika ini. Disaat nak balik ke Kuching ketika di balai berlepas, air mata tanpa dipinta jatuh mencurah-curah. Yang aku tahu, aku dan bayiku mesti kuat semangat. Aku cuma berdoa agar Tuhan sentiasa melindungi aku dan bayiku walau dimana pun berada. Amen.

Mummy and daddy love baby:)

Sunday, October 14, 2012

Apa yang kurasa

Hari ini 14.10.2012 (Ahad) di hujung minggu. Isok 15 hb 10 2012 (Isnin) bekerja selama 5 hari sebelum tibanya hujung minggu yang dinanti-nanti.Hobi baru di hujung minggu,ulang alik balik ke miri owh home sweet home,sik kisahlah balik semalam dua,janji hati puas, riang dan tenang. Minggu ini saja tak pulang, rasa kosongnya hidup sebab tak balik.Isok isnin, yahuu, cepatlah berlalu sampai ke hari jumaat yang indah. Sebab hujung minggu boleh balik wahahah. Tapi tak setiap hujung minggu dapat balik. Bukan dekat nak balik terbang dari kuching ke miri, miri ke kuching,huhu.

Di Kuching, setiap petang, mesti hujan. Dah mula musim hujan agaknya.Tak lama lagi hujung tahun, Can't wait for Disember to come. Cepatlah masa berlalu. Andai dapat ku kawal masa,akan ku anjakkan masa ke hadapan. Cepatlah masa berlalu.Setiap hari menghitung hari. Pagi, thari, petang, malam. Dari hari ke hari berharap agar masa cepat-cepat berlalu. Aku nak tranfer, tranfer kanlah aku cepat-cepat. Sakit jiwa dah aku menunggu keputusan tranfer. Oh Tuhanku, tolonglah aku, dengarlah doaku untuk tranfer.Setiap hari, kakiku lemah melangkah turun ke opis, mencari semangat yang kian hilang dan pudar. Mengharap ada sinar mentari di penghujung senja yang gerimis. 

Hari ini, aku telah membeli sebuah buku di Kedai Buku St. Joseph Cathedral. Tajuk buku tersebut amat menarik perhatianku. Novena: Mengatasi rasa takut dan putus asa. Sekali ku pandang, terus ku ambil. Tajuk buku kecil ini, sangat sesuai dengan jiwaku yang sedang kacau ketika ini.  Aku belek helai demi helai dan ayat-ayat dari buku kecil ini amat menenangkan jiwa, memberi semangat dan kekuatan kepada diriku ini. 

Sedikit rumusan dari apa yang telah ku baca walaupun aku belum lagi membaca habis buku kecilku ini.
Rasa takut, resah gelisah selalu hadir dalam hidup kita. Disaat kita kesunyian, keseorangan, rasa takut, kecewa dan putus asa akan mula menguasai diri. Disaat itu, jiwa akan memberontak, merana kerana rasa takut dan gusar yang telah mula menguasai dan meracuni minda. Ketika diri dilanda rasa takut dan kecewa serta putus asa, apa yang difikir hanyalah masalah yang menghimpit jiwa. Tetapi, jika selalu merasa takut pun tidak ada gunanya juga kerana Yesus sendiri berkata: Takut tidak ada gunanya, yang perlu adalah percaya. (Mark: 5:36) kerana Tuhan Yesus ada menyertai kita disaat kita senang, gembira susah. Tuhan itu Bapa yang baik. Dia sentiasa mendampingi kita walaupun kita tidak nampak akan Dia. 

Aku sendiri pernah mengalami saat kecewa dan putus asa. Segalanya bermula bila jiwa dilanda resah gelisah kerana ingin tranfer cepat-cepat. Akan tetapi Tuhan itu mempunyai rencana tersendiri untuk anak-anaknya. Oleh sebab itu, sentiasa percaya akan Tuhan kerana dia sentiasa ada disaat kita perlukan. Sentiasa percaya kerana Tuhan itu baik huhu.

Arghh,aku nak tranfer cepat-cepat. Cepatlah masa berlalu. Aku ingin pulang cepat huhu.



Wednesday, July 11, 2012

A NEW JOURNEY BEGIN

Today 11.07.2012 (Wednesday), It's been almost 4 days since I knew that I'm pregnant. I had missed my period for a weeks since my last period which is on May. The first day of my menses is on 24th May 2012. Through the pregnancy test that i do by myself, it show a positive sign with two line at the pregnancy test kit. I did my pregnancy test for almost three times before I meet the doctor. One sign that I notice is that the changes of my breast.Thus, my breast is painful. At first, I thought that it's a sign before period. But then, from day to day, I missed my period. At first, I thought that I'm under stress that is why i missed my period. But then from day to day, I feel something wrong with my breast. It;s really painful from day to day. Today 11.07.2012, at 7.30 pm, I drive alone by myself to meet with the doctor. I just want to heard a confirmation from the doctor just to support my pregnancy test that i did by myself. When I met with the doctor, I said that I missed my period, then he asked me when is my last period, I just answer around end of May, then he said to me with a smile in his face,"You might be pregnant". Then the doctor said that he want to test my urine. He gave me a small cup and ask me to put my urine inside the cup. The doctor take my urine and begin to test it with the pregnancy test. After a minutes,he came back to me and said "It's positive" then, he showed me the pregnancy test result and asked me either I want to keep it or not, and I just replied that, I don't want to keep it since I had keep 3 sample of my urine test. With a smile, he took a very cute diagram with a lots of dates. He showed to me the due date of my pregnancy which might be fall at the end of February 2013. He said to me that, my pregnancy is around 6 weeks. That is to be calculate from my first day of my menses. He said that, my baby which is known as embrio is only a very small and  looks like a mini tadpole, with a tiny head and tail. He said that if I want to scan it right now, I only can see the heartbeat of my baby. Then, the doctor give me folic asid which is to be taken one a day. Thank God, You had answer my prayer.