Wanita dan air mata...
Pasti ramai yang tahu bahawa wanita begitu mudah untuk mengalirkan air mata tak kira dalam apa juga situasi. Kadang-kadang, tengah menonton televisyen, drama tv bila melihat babak-babak sedih, air mata akan begitu mudah mengalir. Hati wanita begitu mudah tersentuh. Menangis, tidak beerti golongan wanita merupakan insan yang lemah bahkan wanita menangis jika hatinya sudah tidak mampu untuk menahan beban yang menghimpit jiwa. Menangis merupakan salah satu terapi kepada minda kerana jika sudah mengeluarkan air mata, jiwa akan menjadi lebih tenang dan kosong. Bahkan fikiran yang kalut dan kusut pada mulanya akan menjadi lebih aman, dapat berkongsi rasa dengan insan lain yang ada disekeliling kita.
Kadang-kadang hati wanita begitu sukar untuk diramal dan difahami kerana disebalik senyumannya, tersimpan seribu satu rasa yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Jika kesedihannya dilindung dengan senyum tawa, beerti dia sedang menangis di dalam hati. Namun jauh di sudut hati, dia memerlukan sokongan dan dorongan daripada insan yang mampu untuk membimbingnya disaat hatinya dilanda perasaan gusar dan resah. Maka, bimbinglah dia, pujuklah hatinya agar dia menjadi lebih kuat dan kental.
Lirikan matanya mampu untuk mengungkap apa yang tersirat di hati kerana pandangan mata mencerminkan kejujuran hatinya. Jika matanya redup dan sayu, dikala itu, jiwanya sedang kacau. Maka, tenangkanlah hatinya. Hati wanita begitu lembut dan mudah tersentuh. Egonya wanita kerana mereka enggan mengungkapkan apa yang tersirat di hati dikala jiwanya sedang dilanda gelora. Kadang-kadang wanita menjadi begitu degil dan keras kepala. Jika dia bersikap sedemikian, bukan bermaksud dirinya ingin memberontak akan tetapi sekadar ingin menguji sejauh mana hati lelaki tahan dan sabar dengan karenah dirinya. Setiap wanita inginkan perhatian dari insan yang disayanginya. Jika dia sedang marah, janganlah ditambahkan lagi rasa marahnya. Pujuklah dia dan damaikanlah hatinya, kerana hati wanita itu ibarat kerak nasi yang akan begitu mudah cair.
Ketika hatinya digamit perasaan resah dan gundah gulana, dirinya akan menjadi terlalu emotional. Disaat ini, hatinya akan mudah terusik dan begitu sensitif. Dikala itu, janganlah kamu salah faham akan dirinya. Dikala jiwanya dilanda perasaan resah, dirinya akan menjadi seorang yang pendiam. Pada ketika itu, perkara yang sekecil kuman pun mampu untuk mengusik hatinya. Rajuknya seorang wanita tidak bermaksud dia bersikap seperti keanak-anakkan. Rajuknya seorang wanita, ingin dipujuk oleh insan yang disayangi. Maka dengan itu, janganlah sesekali melukakan hatinya. Jika disaat dia sedang marah dan meminta kamu untuk meninggalkan dia, janganlah kamu tersalah erti. Dia hanya mahu menenangkan dirinya. Apabila hatinya sudah tenang, percayalah dia akan mencari kamu semula kerana jauh disudut hatinya, dia begitu menyayangimu dan tidak rela jika kamu meninggalkan dirinya. Wanita begitu susah untuk mengawal perasaan. Jika sekiranya dia sangat menyayangi seseorang, maka dia akan begitu prihatin dan peka dengan setiap perubahan yang berlaku pada dirimu. Disaat itu, janganlah kamu berasa rimas,sebaliknya hargailah kasih sayangnya dengan tulus ikhlas kerana orang yang menyayangimu akan sentiasa bertanya dalam dirinya adakah kamu turut menyayanginya kerana dia sentiasa bimbang akan dirimu. Ketika itu, janganlah kamu berasa kekok dan rimas, kerana kamu adalah insan bertuah yang disayangi olehnya dengan sepenuh hati.
Hargailah hati wanita dan insan yang menyayangimu kerana setiap insan berhak untuk mengejar bahagia ssejauh mana yang mungkin. Warnailah hidupmu dengan kasih sayang yang sejati. Lakarlah harimu dengan senyuman seikhlas hati kerana dari situ akan terpancarnya sinar bahagia:)
_Kadang-kadang menerusi penulisan akan merungkai apa yang bermain difikiran_
Peace (",)
Hargailah hati wanita dan insan yang menyayangimu kerana setiap insan berhak untuk mengejar bahagia ssejauh mana yang mungkin. Warnailah hidupmu dengan kasih sayang yang sejati. Lakarlah harimu dengan senyuman seikhlas hati kerana dari situ akan terpancarnya sinar bahagia:)
_Kadang-kadang menerusi penulisan akan merungkai apa yang bermain difikiran_
Peace (",)